BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 July 2011

Bismillahirrahmanirrahim

^_^

HADIS-HADIS TENTANG JIHAD

HADITS-HADITS TENTANG JIHAD
Hadits ke-1
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan.” Muttafaq Alaihi.
Hadits ke-2
Dari Anas bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i. Hadits shahih menurut Hakim.
Hadits ke-3
Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anha: Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah perempuan wajib berjihad?. Beliau menjawab: “Ya, jihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu haji dan umrah.” Riwayat Ibnu Majah dan asalnya dalam kitab Bukhari.
Hadits ke-4
Abdullah Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu berkata: Ada seseorang menghadap Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam meminta izin ikut berjihad (perang). Beliau bertanya: “Apakah kedua orang tuamu masih hidup?”. Ia menjawab: Ya. Beliau bersabda: “Kalau begitu, berjihadlah untuk kedua orang tuamu.” Muttafaq Alaihi.
Hadits ke-5
Ahmad dan Abu Dawud juga meriwayatkan hadits serupa dari Abu Said dengan tambahan: “Pulanglah dan mintalah izin kepada mereka. Jika mereka mengizinkan, berjihadlah, dan jika tidak, berbaktilah kepada mereka berdua.”

APA ITU JIHAD

1. Apakah erti jihad?
Jihad di dalam Islam bermaksud mengerah sepenuh tenaga atau berjuang untuk
menunaikan perintah Allah taala dengan mengerjakan segala kebaikan dan
meninggalkan segala kejahatan demi kebaikan seluruh alam. Jihad adalah
sebahagian dari ajaran Islam yang menganjurkan kepatuhan kepada Allah taala
dan hubungan damai dengan semua pihak.
Jihad melawan musuh yang memerangi hanyalah sebahagian dari pengertian
dan bentuk jihad yang dinyatakan di atas.
2. Apakah bentuk-bentuk jihad dalam Islam?
Jihad boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan dengan lisan
iaitu menasihati orang lain atau dengan tenaga iaitu dengan melakukan kerja
kemasyarakatan untuk golongan yang kurang bernasib baik.
Jihad bersenjata hanyalah salah satu dari bentuk jihad yang ada dalam Islam
dan bukan satu-satunya.
3. Apakah dia tujuan-tujuan jihad?
Berdasarkan erti jihad yang luas, maka tujuan-tujuan jihad juga adalah luas
antaranya:
a. Menundukkan nafsu yang berada dalam diri kita.
Muslim dituntut untuk membangun kekuatan ruhani dan moral untuk mengatasi
segala cabaran hidup dengan penuh keyakinan. Oleh itu, Muslim perlu berjihad
untuk melawan dan mengawal nafsu yang ada dalam dirinya agar tidak
mendorong kepada kejahatan. Ini boleh dilakukan dengan melalukan proses
pembersihan diri dari sifat-sifat yang keji dan memupuk sifat-sifat yang terpuji
melalui ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam seperti membaca Al-Quran,
berzikir, berpuasa, bersedekah dan mengamalkan adab yang mulia dalam
tingkah laku sosial.
Jihad ini sebenarnya mendahului segala bentuk jihad yang lain termasuk jihad
bersenjata kerana sukar sekali untuk seseorang itu melakukan kerja-kerja
kebaikan dan pengorbanan yang besar di jalan Allah taala jika nafsu menguasai
dirinya dan hatinya kosong dari keikhlasan.
b. Meningkatkan akal dan minda.
Muslim perlu berjihad untuk mempertingkatkan mindanya dengan ilmu dan
menggunakan akalnya pula untuk kebaikan semua pihak. Ini boleh dicapai
dengan membangun sikap terbuka untuk belajar bukan hanya dari tamadun sendiri tapi juga dari tamadun yang lain. Hanya dengan kesediaan untuk
menerima dan membangun ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber sahaja
Muslim benar-benar dapat menjadi rahmat bagi semua pihak.
c. Menasihati golongan yang melakukan kejahatan atau mengikut nafsu.
Muslim perlu berjihad untuk membimbing golongan ini dengan penuh hikmah
melalui nasihat, teguran atau apa jua aktiviti yang boleh mengembalikan
mereka ke jalan yang benar.
d. Mengatasi golongan yang melakukan kemusnahan ke atas nyawa, harta
benda dan alam.
Muslim perlu berjihad untuk mencegah golongan ini dari terus melakukan
perbuatan mereka yang merosakkan dengan melakukan tindakan
penguatkuasaan undang-undang sehingga mereka dapat dihukum sejajar
dengan kuasa yang diberikan.
e. Golongan yang memerangi.
Apabila negara di mana seorang Muslim itu tinggal diserang atau diceroboh
secara tidak sah dan adil, wajiblah ke atas Muslim untuk mempertahankannya
walaupun dengan mengangkat senjata.
4. Apakah boleh penggunaan istilah seperti jihad melawan kemiskinan,
jihad pendidikan, jihad membasmi buta huruf, jihad ekonomi dll?
Penggunaan istilah jihad yang seperti ini adalah baru tetapi ia tidak salah sama
sekali kerana ia sejajar dengan erti jihad yang luas seperti yang telah
dinyatakan. Namun, perlu beringat agar tidak menganggap bahawa jihad-jihad
seperti ini sebagai satu-satunya bentuk atau erti jihad masa kini atau
menafikan bentuk jihad yang lain termasuk jihad bersenjata. Ia hanya
bertujuan untuk memberi fokus dan keutamaan berdasarkan konteks yang
sesuai dengannya.
5. Apakah bentuk-bentuk jihad yang relevan hari ini?
Bentuk-bentuk jihad yang relevan hari ini bergantung kepada keadaan sesuatu
masyarakat Islam di sesuatu tempat.
Para pemimpin masyarakat Islam di sesuatu tempat hendaklah membuat
penilaian akan masalah-masalah besar dan utama yang dihadapi oleh mereka
dan menetapkan keutamaan mereka.
Atas dasar ini, jihad bersenjata bukan sesuatu yang semestinya dilakukan oleh
semua masyarakat Islam di tempat mereka berada dalam semua keadaankerana setiap tempat mempunyai perbezaan permasalahan yang perlu
ditangani dan keutamaan yanag perlu didahulukan.
Masalah ekonomi dan sosial dan ketiadaan pendidikan amat berleluasa dalam
masyarakat Islam di merata dunia hari ini. Ia termasuk dalam keutamaan yang
perlu ditangani segera dan tanggungjawab melakukannya terpikul di bahu para
pemimpin dan semua masyarakat Islam. Ia adalah satu jihad yang besar, bukan
kecil

zikir bersama yo'

Friday 1 July 2011

Jihad Agama ALLAH

AHLAN WASAHLAN...